Aug 28, 2005
4E 5NA Ulangkaji Bahasa Bahagian A1 Kertas 2 Melalui CPS

  1. Setiap murid akan diberikan sebuah alat kawalan jauh CPS mengikut nombor indeks mereka.
  2. Murid akan membuka kertas ulangkaji di lelaman E-portfolio.
  3. Untuk turun muat kertas soalan, kamu perlu mendapatkan kata laluan daripada guru kamu.
  4. Jawab soalan-soalan A1 sahaja.
  5. Jawab soalan berikut dengan menekan angka jawapan kamu di alat CPS kamu.
  6. Masa yang diberkan ialah 30 minit.

Posted at 06:35 pm by cikguimran
Make a comment  

Aug 23, 2005
Menulis Pengenalan yang Baik

 Tuliskan sebuah pengenalan yang baik berdasarkan tajuk di bawah ini.

Pengaruh rakan sebaya sering dianggap sebagai punca remaja terlibat dalam masalah sosial. Berikan pendapat kamu.

Posted at 07:41 am by cikguimran
Make a comment  

Aug 19, 2005
Menulis Sajak Melalui Penghayatan Lagu

Teman

Suatu petang yang damai
Kau kulihat
Menanti seorang teman
Teman yang tak datang

Engkauku perhatikan
Setia lagi Apalagi yang dinanti
Teman yang tak akan datang

1
Biarku pujuk kemari
Hati yang sedang pilu
Kau genggamlah tanganku
Aku bawa kau pergi

2
Syurga bukan satu hala
Aku masih disini
Setelah sekian lama
Kau memendam dendam

3
Kekasihku
Tidak datang setelah berjanji
Aku pun sudah merasakannya
Kita bagaikan
Suatu arah yang menanti sendirian
Walau dalam hujan lebat

4
Ku nanti nanti nanti nanti, sendiri lagi

Suatu warna yang gelap
Dahulu hidup penuh
Dengan keseorangan
Seorang lagi teman

( ulang 1, 2, 3, 4, 1, 2 )

Setelah sekian lama kau memendam dendam ( 4X )


Hukum Karma

Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma


Opera Hidup

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

( 1 )
Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

( 2 )
Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

( 3 )
Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya

(ulang 1, 2, 3 & 3)

Posted at 09:28 am by cikguimran
Make a comment  

Aug 18, 2005
3E - Tugasan Di Rumah

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat yang berikut:

 

Mazli bin Maslan atau Mazlina bte Maslan

Blok 4 #05-65

Jalan Penggaga

Singapura 400044

 

 

1                    Kamu telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan GCE peringkat ‘O’ kamu. Kamu bercadang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di luar negara . Malangnya, kamu menghadapi masalah kewangan.

Tulis sepucuk surat kepada sebuah badan kebajikan untuk memohon  biasiswa yang ditawarkan. Dalam surat tersebut, terangkan masalah kewangan keluarga kamu, kursus yang akan kamu ceburi serta kesanggupan kamu menyumbang tenaga setelah tamat pengajian nanti.

 

 

Alamatkan surat kamu kepada:

 

Pengurus Kewangan

Majlis Ugama Islam Singapura

41 Jalan Merpati Putih

Singapura 402345


Posted at 08:47 am by cikguimran
Make a comment  

Jul 25, 2005
3NA Unit 9 Selagi Ada Hayat - Latihan Kefahaman

  1. Rujuk kepada buku teks ms 28 - 30.
  2. Baca dan fahami teks "Mengejar Pelangi".
  3. Jawab soalan kefahaman 1 - 6 dan soalan Kosa kata bahagian A 1 - 5 di kertas fulscap kamu.
  4. Selesaikan tugasan kamu hari ini.

Posted at 12:01 pm by cikguimran
Make a comment  

2E Unit 9 Transit - Latihan Kata Ganda Berentak

  1. Rujuk kepada buku teks ms 7 - 8.
  2. Baca dan fahami nota Kata Ganda Berentak.
  3. Lakukan latihan di buku kerja ms 6 - 8.
  4. Hantarkan tugasan kamu pada hari rabu, 27 Julai 2005.

Posted at 09:34 am by cikguimran
Comments (3)  

1NT Latihan Menulis Jurnal

  1. Murid pergi ke lelaman satunt.blogdrive.com
  2. Murid menulis jurnal tentang pengalaman mereka pada hari minggu yang baru lalu.
  3. Kemudian murid lakukan latihan kefahaman di buku kerja ms 2 - 4.
  4. Murid selesaikan latihan kefahaman secara berpasangan dan hantarkan tugasan hari ini.

Posted at 09:04 am by cikguimran
Make a comment  

Jul 20, 2005
3E Unit Latihan Menulis Karangan Deskriptif

  1. Murid rujuk kepada perancangan karangan deskriptif yang telah mereka lakukan minggu lepas.
  2. Secara berpasangan, murid lakarkan perenggan-perenggan isi berdasarkan is-isi di lakaran perancangan mereka.
  3. Setelah selesai, mruid akan mengunjungi blog kumpulan lain dan memberi komen mereka tentang perenggan isi mereka.

Posted at 01:28 pm by cikguimran
Make a comment  

Jul 19, 2005
3E Unit Latihan Menulis Karangan Deskriptif

  1. Murid rujuk kepada perancangan karangan yang sudah mereka lakukan minggu lepas.
  2. Berdasarkan isi-isi yang telah mereka rancangkan untuk bahagian pengenalan, secara berpasangan, murid-murid menulis sebuah pengenalan yang baik dan berkesan dan mempunyai bahasa yang baik dan menarik.
  3. Di akhir kelas, setiap kumpulan akan membuat persembahan di depan kelas.

Posted at 11:25 am by cikguimran
Make a comment  

4NA Latihan Ujian Lisan Peperiksaan Peringkat N

  1. Guru berkongsi petua untuk mengambil Ujian Lisan.
  2. Murid berlatih membaca dengan pergi ke lelaman Nadi dan mendengar sambil membaca teks Dongeng Warisan
  3. Murid mendengar contoh cara menbaca yang baik kemudian membaca secara bergilir-gilir dengan pasangan mereka.
  4. Selepas itu, murid membaca nota di fail mereka tentang rumusan isu-isu hal-ehwal semasa sebagai persiapan topik-topik perbualan.

Posted at 09:10 am by cikguimran
Make a comment  


Next Page



   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed